
Ketua Pengarahnya Sapiah Mohd Nor berkata, kebanyakan pegawai Jakoa adalah Gred 22 iaitu antara yang paling rendah dalam struktur gaji kakitangan awam. Gred 19 adalah yang terendah dalam struktur gaji berkenaan.
Sapiah berkata, Jakoa telah menyerahkan cadangan berhubung penstrukturan itu kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), awal tahun ini.
Kementerian berkaitan juga telah mengambil maklum mengenai keperluan jabatan itu, tetapi meminta Jakoa menyesuaikan cadangan dikemukakan selaras dengan situasi ekonomi kini, katanya.
“Kementerian telah maklum mengenai isu berkaitan kekurangan tenaga kerja dan gred rendah.
“Ini akan ditekankan dalam pelan antirasuah 2022-2026 Jakoa, dan pelan strategik 2023-2025. Kedua-duanya akan dilancarkan dalam masa terdekat,” katanya kepada FMT.
Terdahulu, Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Mohd Nor menggesa JAKOA menambah bilangan pegawai yang mempunyai pengalaman dan kepakaran diperlukan.
Ramli yang juga bekas pegawai polis dan Ahli Parlimen Orang Asli pertama negara ini berkata, jabatan itu kekurangan tenaga kerja, manakala ramai pegawainya berpangkat rendah seterusnya tidak mampu menangani projek bernilai tinggi.
Dalam Bajet 2023, kerajaan Ismail Sabri Yaakob telah memperuntukkan RM305 juta untuk pembangunan masyarakat Orang Asli.