
“Sekurang-kurangnya (tidak) untuk pilihan raya akan datang,” katanya kepada media selepas memberi keterangan di IPD Sentul.
Beliau berkata, PAS setakat ini hanya memantau prestasi kerajaan semasa dan menunggu reaksi rakyat sebelum mengambil tindakan seterusnya.
Berhubung siasatan polis ke atasnya, Hadi berkata, beliau memberi kerjasama penuh dan bersedia untuk tindakan lanjut, termasuk ke mahkamah.
Terdahulu, beliau hadir ke IPD Sentul untuk memberi keterangan atas dakwaan DAP mempromosikan Islamofobia dan menghalang PAS daripada berkuasa, selain menyifatkan parti komponen Pakatan Harapan itu “tidak bermoral”.
Hadi turut menggunakan analogi bola sepak untuk mengatakan walaupun satu pasukan itu menang, pengadil “tiba-tiba memberi masa tambahan” bagi memberi peluang kepada pasukan kalah “untuk menang dengan apa cara sekalipun”.
Komennya yang dipetik daripada kolum ditulisnya dalam lidah rasmi PAS, Harakah ditafsirkan sebagai merujuk gesaan Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk kerajaan persekutuan perpaduan.
Peguam Hadi, Wan Rohaimi Wan Daud mengesahkan Ahli Parlimen Marang itu kini disiasat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.