
PETALING JAYA: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Zafrul Aziz tidak menghadiri mesyuarat pertama Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim hari ini.
Sumber dipetik Berita Harian berkata, Tengku Zafrul sedang menghadiri misi perdagangan di Abu Dhabi.
“Beliau tidak berada di Qatar seperti didakwa, bukan untuk menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia. Beliau ke Abu Dhabi atas urusan rasmi,” katanya menurut laporan akhbar itu.
Anwar mempengerusikan mesyuarat pertama Jemaah Menteri pagi tadi ketika pertemuan khas di Putrajaya yang bermula 10 pagi.
Bernama melaporkan mesyuarat itu dihadiri semua anggota Jemaah Menteri.
Barisan Jemaah Menteri Anwar terdiri daripada dua timbalan perdana menteri dan 28 menteri yang diumumkan Jumaat lalu.