
Beliau menjawab dakwaan ADUN Kedah Asmirul Anuar Aris yang menuduh PN membuat kenyataan berbaur perkauman yang berbahaya untuk masa depan negara.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah Mahfuz Omar juga berkata, kandungan sebegitu di TikTok dan platform media sosial yang lain harus diletakkan tanda amaran kerana ia sangat memecahbelahkan dan hanya mendorong agenda “kita lawan mereka”.
Sanusi mencabar Asmirul dan Mahfuz untuk menunjukkan bahagian mana dalam ucapannya yang dianggap “berbahaya”.
“Apa yang bahaya? Mengapa (mereka) rasa terancam? Ayat mana yang dikatakan mengapi-apikan sentimen bangsa dan agama?” soalnya.
Beliau berkata, ucapannya mungkin hanya “berbahaya” untuk PH, bukan seluruh negara.
“Mereka tak ada modal nak kempen, lagi-lagi bila PH berpakat dgn BN yang mereka kata kaki rasuah dulu,” katanya kepada FMT.
Sanusi berkata, beliau menyebut dalam ceramahnya bahawa “tsunami Melayu” telah berlaku pada PRU15 kerana pengundi Melayu memilih untuk menyokong PN, bukannya PH atau BN.
“Boleh semak angka dan statistik,” katanya.
Pada pilihan raya Parlimen Padang Serai, hanya calon PH Sofee Razak; calon PN Azman Nasruddin; dan calon bebas Ananda AK akan bertanding, sementara Barisan Nasional (BN) dan Warisan berkata mereka akan menyokong calon PH.
Pengundian akan berlangsung pada 7 Dis untuk memilih Ahli Parlimen baharu selepas M Karupaiya daripada PH meninggal dunia tiga hari sebelum pengundian PRU bulan lepas.