2 lelaki Nepal maut akibat hentakan di muka

2 lelaki Nepal maut akibat hentakan di muka

Ketua Polis Daerah Seremban Nanda Maarof berkata, polis turut menahan seorang lagi lelaki Nepal dan tukul besi yang disyaki senjata yang digunakan dalam kes itu.

Anggota polis mengusung mayat mangsa yang ditemui mati di sebuah rumah kedai di Pusat Komersial Oakland di Seremban.
SEREMBAN:
Dua warga asing ditemui maut dengan kesan kecederaan hentakan di muka di rumah kedai Pusat Komersial Oakland di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban Nanda Maarof berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam kira-kira 6.45 petang tadi dan sejurus tiba di tempat kejadian polis menemukan tiga warga Nepal termasuk seorang lagi yang tidak mengalami kecederaan.

Katanya kedua-dua mangsa itu merupakan pengawal keselamatan berusia 35 tahun dan 46 tahun berada di lokasi kejadian yang merupakan tempat pekerja mengambil makanan.

“Setelah tiba di lokasi kejadian, polis mendapati dua lelaki bangsa Nepal telah mati dan seorang lagi tidak mengalami kecederaan. Motif kejadian masih dalam siasatan.

“Keadaan kedua-dua mangsa adalah terlentang berada berjauhan antara satu sama lain dan terdapat kecederaan di bahagian muka dipercayai ada kesan hentakan tetapi polis masih memerlukan pemeriksaan forensik,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata polis mendapati lelaki yang berada bersama mangsa tersebut dipercayai di bawah pengaruh alkohol selain turut menemukan tukul yang disyaki senjata digunakan dalam kes itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.