
PETALING JAYA: Pengumuman barisan Jemaah Menteri oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim ditangguhkan pada jam 8.15 malam ini.
Satu sidang media pada mulanya dijadualkan selepas jam 5 petang ini tetapi seorang pegawai perdana menteri mengesahkan ia ditangguhkan.
Terdahulu perdana menteri tiba di Perdana Putra pada kira-kira 4.29 petang.
Anwar sebelum ini mengesahkan beliau akan mengumumkan Jemaah Menterinya pada petang ini.
Pada pagi tadi, Anwar mengandap Yang di-Pertuan Agong selama sejam dipercayai mempersembahkan cadangan senarai Jemaah Menteri.
Anwar pada Isnin lalu berkata, beliau akan mengumumkan Jemaah Menteri dalam masa terdekat dan meminta rakyat bersabar kerana kerajaan yang diterajuinya disertai banyak parti.