Selangor pertimbang jual vaksin Covid-19 ke negara lain

Selangor pertimbang jual vaksin Covid-19 ke negara lain

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pihaknya juga bercadang menawarkan lebihan vaksin Covid-19 kepada buruh asing yang belum divaksin.

Amirudin Shari berkata, tempoh simpanan vaksin Covid-19 adalah tiga tahun sehingga awal 2024.
SHAH ALAM:
Kerajaan Selangor mempertimbangkan cadangan menjual vaksin Covid-19 ke negara lain, kata Menteri Besar, Amirudin Shari.

Beliau berkata, pihaknya bercadang menawarkan lebihan vaksin Covid-19 kepada buruh asing yang belum divaksin.

“Kita perlu ingat, dengan pembukaan sempadan pada masa akan datang, kita turut boleh menawarkan kepada pekerja asing, terutama buruh binaan yang mungkin belum mendapat vaksin,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri.

Beliau menjawab pertanyaan Ahmad Yunus Hairi (PAS-Sijangkang) berhubung perkembangan Program Vaksin Selangor (Selvax).

Amirudin memaklumkan tempoh simpanan vaksin titu adalah tiga tahun sehingga awal 2024.

Pada Jun 2021, kerajaan Selangor memperuntukkan lebih RM200 juta untuk melaksanakan Selvax Komuniti dan Industri bagi melengkapkan serta mempercepatkan proses memvaksin rakyat negeri itu.

Sehingga 18 Okt lalu, sebanyak 684,259 dos vaksin digunakan menerusi Selvax.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.