
Kejadian kira-kira 10 pagi tadi itu berlaku ketika dua beranak yang sedang mendayung di kawasan pantai terbabit diserang seekor buaya air masin lebih 3m.
Serangan itu menyebabkan lelaki terbabit cedera di beberapa bahagian badan dan kepala, manakala anaknya diheret reptilia itu ke dalam laut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, enam anggota dan pegawai bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 10.25 pagi.
“Lelaki dewasa terbabit berjaya diselamatkan orang awam, namun mengalami kecederaan parah akibat serangan haiwan berkenaan, manakala kanak-kanak lelaki itu masih hilang,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat itu turut dibantu anggota polis, PPM dan Kementerian Kesihatan.