LRT Laluan Kelana Jaya kembali beroperasi, kata Rapid Rail

LRT Laluan Kelana Jaya kembali beroperasi, kata Rapid Rail

Rapid Rail berkata, pasukan jurutera akan terus memantau kestabilan sistem di kawasan terlibat.

Rapid Rail berkata, semua tren yang melalui Stesen LRT Kerinchi beroperasi secara automatik dan normal di kedua-dua hala.
PETALING JAYA:
Rapid Rail Sdn Bhd memaklumkan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya kembali beroperasi malam ini, selepas kerja baik pulih komponen rosak selesai.

Pengendali perkhidmatan itu dalam kenyataan berkata, semua tren yang melalui Stesen LRT Kerinchi beroperasi secara automatik dan normal di kedua-dua hala.

“Pasukan jurutera akan terus memantau kestabilan sistem di kawasan terlibat.

“Rapid Rail sekali lagi ingin memohon maaf kepada pengguna di atas kesulitan yang dihadapi,” katanya.

Terdahulu, Rapid Rail memaklumkan Sistem Keselamatan Hentian Kecemasan Pencerobohan Penumpang (PIES) yang tiba-tiba teraktif, disambar petir menyebabkan tren dari kedua-dua arah tidak dapat melalui Stesen LRT Kerinchi pada 5.46 petang tadi.

Susulan itu, kekerapan perkhidmatan tren di beberapa stesen antara Kerinchi dan Ampang Park lewat kira-kira 15 minit, selepas sebuah tren terpaksa dikeluarkan daripada perkhidmatan akibat masalah teknikal.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.