
Ketua Polis Cheras, Zam Halim Jamaluddin, berkata kejadian dipercayai berpunca apabila pengadu bertindak membunyikan hon kepada suspek yang dikatakan melanggar lampu isyarat.
Beliau berkata, video tular mengenai kejadian itu mula dikesan pihaknya pada 8.30 pagi hari ini.
“Pada 27 Nov 2022 jam lebih kurang 9.39 malam, polis menerima laporan polis kejadian ini dan sehingga kini beberapa saksi telah dirakam percakapan.
“Kes disiasat bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian ini,” katanya dalam kenyataan.
Sehubungan itu, Zam berkata individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03 9284 5050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di 03 2115 9999 atau balai polis berdekatan.