Kes baharu Covid-19 turun kepada 18,606 pada minggu lalu

Kes baharu Covid-19 turun kepada 18,606 pada minggu lalu

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bilangan kes sembuh menurun 19% (19,083 kes kepada 18,606 kes), manakala kes kematian meningkat 17% (47 kes kepada 55 kes).

Sejumlah 4,984,272 kes Covid-19 direkodkan di negara sejak Januari 2020.
PETALING JAYA:
Jumlah kes baharu Covid-18 turun 2.5% pada minggu lalu menurun 2.5% kepada 18,606 berbanding 19,083 pada minggu sebelumnya, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Hisham dalam satu kenyataan memberitahu, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam meningkat 4.1% bagi pesakit tahap kritikal, begitu juga pesakit kategori 1 dan 2 yang naik 3.4% antara 20 Nov hingga 26 Nov.

Katanya, pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan turut naik 0.2% pada tempoh sama.

Menurutnya, penggunaan katil bukan kritikal, katil unit rawatan rapi dan katil pusat rawatan Covid-19 berisiko rendah (PKRC) masing-masing terus meningkat kepada 1%, 1%, dan 69%.

“Bilangan kes sembuh menurun 19% (19,083 kes kepada 18,606 kes), manakala kes kematian meningkat 17% (47 kes kepada 55 kes),” katanya.

Namun begitu, Hisham berkata kes positif dipantau oleh pusat penilaian Covid-19 (CAC) di seluruh negara masih menunjukkan peningkatan dengan jumlah pesakit ke CAC meningkat sebanyak 8%.

Sementara itu, bilangan kes Covid-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah turut meningkat sebanyak 9%; dan bilangan kes Covid-19 yang dirujuk CAC ke PKRC dan hospital menokok sebanyak 29%.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.