Bekas Ahli Parlimen Langkawi meninggal dunia di Jerman

Bekas Ahli Parlimen Langkawi meninggal dunia di Jerman

Nawawi Ahmad, 61, meninggal dunia di Frankfurt ketika lawatan kerja sebagai ahli lembaga pengarah Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Nawawi Ahmad menjadi Ahli Parlimen Langkawi pada 2013 sebelum tewas kepada Dr Mahathir Mohamad pada PRU14. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Bekas Ahli Parlimen Langkawi, Nawawi Ahmad, 61, meninggal dunia di Frankfurt, Jerman, awal pagi ini.

Nawawi yang juga ketua Umno Langkawi dilaporkan meninggal dunia, 3 pagi dan perkara itu disahkan Timbalan Ketua Umno Langkawi, Nor Saidi Nanyan, lapor Berita Harian.

Nor Saidi berkata, beliau difahamkan Allahyarham ke Frankfurt bagi urusan kerja atas kapasiti beliau sebagai ahli lembaga pengarah Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Pemergian beliau ke sana turut ditemani isterinya, Sabariah Hassan dan saya difahamkan jenazah akan dikebumikan di Frankfurt,” katanya.

Allahyarham pernah menjadi Ahli Parlimen Langkawi sejak 2013 namun gagal mempertahankan Parlimen itu selepas tewas kepada Dr Mahathir Mohamad pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Sebelum itu, beliau adalah ADUN Kuah dua penggal bermula 2004 sebelum bertanding di Parlimen.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.