Tiada cuti pada hari undi Parlimen Padang Serai

Tiada cuti pada hari undi Parlimen Padang Serai

Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor berkata ini kerana pilihan raya berkenaan hanya melibatkan satu kawasan Parlimen sahaja di negeri itu.

SPR sebelum ini menetapkan hari pengundian PRU15 bagi Parlimen Padang Serai ditangguhkan pada 7 Dis dan pengundian awal pada 3 Dis susulan kematian calon PH, M Karupaiya pada 16 Nov lalu.
ALOR SETAR:
Kerajaan Kedah tidak dapat mempertimbangkan pemberian cuti khas pada hari pengundian PRU15 Padang Serai, 7 Dis ini.

Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor, berkata ini kerana pilihan raya berkenaan hanya melibatkan satu kawasan Parlimen sahaja di negeri itu.

“Tak dapat dipertimbangkan sebab satu Parlimen saja. Cuti ini ada kuota terhad,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama.

Beliau diminta mengulas cadangan Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, supaya kerajaan negeri itu mengumumkan cuti khas pada 7 Dis ini bagi memudahkan pengundi keluar melaksanakan tanggungjawab mereka memandangkan pengundian diadakan pada Rabu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan hari pengundian PRU15 bagi Parlimen Padang Serai ditangguhkan pada 7 Dis dan pengundian awal pada 3 Dis, berikutan kematian calon Pakatan Harapan (PH) yang disahkan bertanding M Karupaiya pada 16 Nov lepas.

Pilihan raya itu menyaksikan pertembungan enam penjuru melibatkan calon Pakatan Harapan, Bersatu, Barisan Nasional, Pejuang, Warisan dan seorang calon bebas, namun Warisan kemudian mengumumkan tidak mengambil bahagian tetapi logo parti itu masih akan tersenarai dalam kertas undi kerana sudah didaftarkan sebagai satu daripada parti yang bertanding.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.