Cuti umum, DUN Sabah tetap bersidang esok

Cuti umum, DUN Sabah tetap bersidang esok

Speaker DUN Kadzim Yahya berkata keputusan meneruskan sidang dibuat susulan cadangan ketua dewan yang juga Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor.

Sidang DUN Sabah tetap diteruskan esok walaupun cuti umum. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan diteruskan esok untuk pembentangan bajet walaupun cuti umum diisytiharkan pada 28 Nov oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Kadzim Yahya.

Speaker DUN, Kadzim Yahya, berkata keputusan meneruskan sidang dibuat susulan cadangan ketua dewan yang juga Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor, lapor Astro Awani.

Katanya, mengikut peraturan tetap DUN Sabah, ketua dewan boleh mengemukakan untuk menerus dan mengadakan sidang walaupun pada cuti am atau hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Hajiji yang juga ADUN Sulaman membentangkan bajet 2023 negeri itu pada Jumaat lalu.

Kata Kadzim, selain Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan, dua lagi RUU akan dibentang termasuk usul daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada mesyuarat kali ini.

Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga DUN Sabah Ke-16 dijadual pada Isnin hingga Khamis ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.