
Pengumuman itu akan dibuat pada majlis menandatangani perjanjian hari ini dengan dihadiri Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Bahagian Explorasi Sains Angkasa, Kamaruzzaman Wahid.
“Sirius dengan pengalaman luas dan kepakarannya dalam industri satelit dan angkasa lepas boleh dianggap sebagai pakar dalam teknologi angkasa lepas.
“Ia akan menganjurkan bengkel dan seminar industri angkasa untuk menyalurkan pelanggan berpotensi yang memerlukan pembiayaan melalui pembiayaan ekuiti, pelaburan dan modal teroka,” kata syarikat itu dalam kenyataan.
Syarikat itu juga akan melancarkan kempen keahlian untuk sebuah NGO yang dipanggil Majlis Angkasa Malaysia, yang akan ditubuhkan tidak lama lagi.
Menurut Sirius, penambahan keahlian Majlis Angkasa Malaysia serta penyertaan dalam seminar, bengkel dan simposium di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan memperkasakan lagi industri angkasa dan kemajuan teknologinya.
“Pembiayaan berdasarkan penilaian teknikal dan pelan mitigasi risiko perniagaan serta daya maju produk dan perkhidmatan,” katanya turut memaklumkan Nusa akan meningkatkan saiz dana berdasarkan keperluan.