
Bercakap dalam temu bual bersama RTM, Fahmi berkata, beliau tidak rasa ia salah, tetapi bimbang dengan maklumat yang diambil oleh kanak-kanak mengenai politik di media sosial.
“Hari itu, seorang rakan saya yang merupakan bekas MP berkongsi perbualan anak perempuannya dengan saya. Dia berkata anak perempuannya memberitahunya jika PH menang, semua gadis perlu memakai skirt ke sekolah.
“Saya dapati itu benar-benar mengejutkan. Saya telah menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai sejak 2018, dan Nurul Izzah Anwar adalah Ahli Parlimen sebelum saya. Sehingga hari ini, tiada sekolah di sini memaksa perempuan memakai skirt,” katanya.
Fahmi berkata, kanak-kanak harus mendapat pendedahan awal tentang politik melalui pelajaran di sekolah bagi membolehkan mereka mempelajari demokrasi dan sistem berparlimen Malaysia dengan cara yang betul.
Ia juga penting untuk mengajar kanak-kanak meluahkan fikiran mereka, sambil menghormati pandangan orang lain, dan tidak menyatakan idea mereka secara provokatif.
Ketika pilihan raya umum ke-15 (PRU15), pengguna media sosial mengecam kandungan berbaur perkauman dan provokatif yang terdapat di TikTok.
Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani, telah memberi amaran mengenai tindakan tegas, termasuk penggunaan Akta Hasutan, terhadap pihak di sebalik penyiaran media sosial yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama, yang katanya turut menyentuh institusi diraja.