
Beliau berkata ia sebagai langkah persediaan menggerakkan misi bantuan yang akan diaktifkan serta-merta apabila berlakunya bencana banjir.
Saya difahamkan di peringkat parti kita ada tubuhkan sukarelawan namun di peringkat negeri kita bercadang untuk tubuhkan sukarelawan khusus untuk bencana banjir.
Maksudnya kita perlu buat persiapan awal sebelum banjir berlaku kita sudah ada pasukan untuk membantu malah pasukan sukarelawan ini akan membantu membersihkan kawasan rumah, sekolah dan bangunan awam yang terjejas selain menyalurkan bantuan segera kepada mangsa banjir,” katanya ketika ditemui selepas meninjau keadaan mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Agama Rakyat Padang Serai dekat Beruas.
Sehingga kini, 297 orang mangsa banjir di melibatkan 86 keluarga ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Daerah Larut Matang dan Selama, Manjung dan Hilir Perak.
Sementara itu, ADUN Pengkalan Baharu, Azman Noh berkata kejadian banjir di kawasan itu berpunca daripada masalah saiz pembetung sedia ada yang tidak dapat menampung jumlah air hujan yang banyak.
“Saya harapkan kerajaan segera melaksanakan projek tebatan banjir Lembangan Sungai Beruas yang melibatkan kos RM30 juta akan dilaksanakan segera pada tahun depan.
Jika projek terbabit dapat dilakukan maka masalah banjir air termenung yang berlaku di Kampung Kilang, Kampung Paya Ara, Kampung Paya Lima, Kampung Tualang, Kampung Pulau Kabung dan Kampung Padang Serai akan selesai,” katanya.