
PETALING JAYA: Umno melantik dua ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) baharu, termasuk Ketua Bahagian Gombak, Megat Zulkarnain Omardin yang menggantikan Noh Omar untuk mengetuai Umno Selangor.
Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan menerusi Twitter berkata, Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju, Shafie Abdullah dilantik menganggotai MKT.
Megat Zulkarnain dan Shafie mengangkat sumpah rahsia dalam mesyuarat pada malam Rabu lalu.
ADUN Sungai Tiang, Suraya Yaacob pula dilantik sebagai timbalan ketua Umno Kedah, menggantikan Othman Aziz.
Noh dan Othman meletak jawatan Ahad lalu, susulan prestasi buruk Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-15.