Laungan ‘reformasi’, sambut Anwar di Masjid Putra

Laungan ‘reformasi’, sambut Anwar di Masjid Putra

Jemaah Masjid Putra teruja menyambut dan bersalaman dengan perdana menteri selepas selesai solat Jumaat.

Jemaah di Masjid Putra, Putrajaya, tidak melepaskan kesempatan melihat dan menunggu untuk bersalaman dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim selepas selesai solat Jumaat.
PUTRAJAYA:
Laungan ‘reformasi’ dan ‘kita menang’ menyambut kedatangan Perdana Menteri Anwar Ibrahim selepas selesai solat Jumaat, di Masjid Putra, hari ini.

Beliau yang memakai baju Melayu berwarna merah jambu disambut meriah jemaah di Masjid Putra yang teruja melihat Anwar pertama kali solat di sini, selepas dilantik menjadi perdana menteri ke-10, semalam.

Ahli Parlimen Tambun itu dilihat sempat bersalaman dengan beberapa jemaah masjid kira-kira 10 minit selepas solat Jumaat sebelum beredar dengan kenderaannya yang diiringi polis pengiring.

Semalam, Anwar, 75, mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.