Anwar buat tindakan tepat jamin hak Melayu, kata ahli akademik

Anwar buat tindakan tepat jamin hak Melayu, kata ahli akademik

Penting bagi perdana menteri baharu memberi jaminan itu sebagai langkah meredakan kebimbangan penyokong PN.

Pada sidang media pertamanya, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan pentadbirannya akan melindungi hak Melayu dan kedudukan Islam.
PETALING JAYA:
Dua ahli akademik berkata cukup penting bagi Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi jaminan hak orang Melayu dan kedudukan Islam kekal terpelihara di bawah pentadbirannya.

Tindakan itu perlu dilakukan memandangkan blok pembangkang dalam Perikatan Nasional (PN) yang didominasi parti berasaskan Melayu, memandangkan isu berkaitan hak orang Melayu kerap dibangkitkan menjadi isu pada kempen pilihan raya umum.

Syed Arabi berkata, penting buat Anwar menangani kebimbangan penyokong PN dalam sidang media pertamanya, termasuk mengisytiharkan beliau merupakan perdana menteri untuk semua rakyat negara ini.

“Ini juga memberi jaminan kepada penyokong Umno dan Gabungan Parti Sarawak (GPS),” katanya merujuk kepada parti pemerintah itu di Sarawak.

Sebelum ini, dilaporkan ahli bukan Muslim dalam GPS dikatakan menentang cadangan membentuk kerjasama dengan PN kerana kaitannya dengan PAS.

“Kerajaan (Pakatan Harapan) sebelum ini berdepan persepsi ia didominasi oleh bukan Melayu,” katanya kepada FMT.

Dalam pada itu, Mazlan Ali, berkata PN menekankan isu majoriti dalam PH terdiri daripada bukan Melayu.

Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia itu juga menekankan bahawa hak Melayu sudah pun dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan, namun tindakan Anwar memberi penegasan terhadap jaminan itu sekali gus “memusnahkan propaganda PN”.

Beliau berkata, perdana menteri baharu itu “perlu meredakan kebimbangan” orang Melayu yang mengundi PN.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.