
Baru Bian berkata, model suruhanjaya itu boleh mencontohi badan serupa di Afrika Selatan.
“Ini adalah langkah positif dalam perjalanan kita ke hadapan,” katanya dalam kenyataan.
Suruhanjaya kebenaran dan perdamaian adalah badan seperti mahkamah yang ditubuhkan pada 1996 selepas tamatnya era apartheid di Afrika Selatan.
Badan itu diberi kuasa oleh Presiden ketika itu, Nelson Mandela dan dipengerusikan biskop Desmond Tutu.
Selain rasuah dan masalah ekonomi yang dihadapi rakyat, Baru berkata, jurang yang memisahkan rakyat berbilang kaum dan agama membimbangkan.
Bekas menteri kerja raya itu berkata, perpaduan dan keharmonian rakyat terjejas akibat ahli politik yang memainkan isu kaum dan agama untuk meraih sokongan.
“Kini tiba masanya untuk negara kita pulih. Ini masanya untuk rakyat di negara ini bersatu dan lebih menerima satu sama lain.”
Baru memuji Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan Setiausaha Agungnya, Loke Siew Fook yang memohon maaf atas kenyataan lampau yang menyinggung perasaan rakyat Sarawak.
Beliau juga memuji Premier Sarawak, Abang Johari Openg yang menerima permohonan maaf itu.
“Ini patut menjadi model yang kita mesti bina untuk mara.”