GPS mungkin jadi sebahagian kerajaan perpaduan, kata pemimpin

GPS mungkin jadi sebahagian kerajaan perpaduan, kata pemimpin

Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, GPS akan memberikan kerjasama penuh kepada kerajaan baharu yang akan dibentuk.

Abdul Karim Rahman Hamzah daripada GPS berharap kerajaan baharu berlaku adil kepada semua, termasuk Sabah dan Sarawak.
PETALING JAYA:
Seorang pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyambut baik pelantikan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri Malaysia ke-10.

“Saya gembira, kebuntuan telah berakhir,” kata Abdul Karim Rahman Hamzah.

“Saya harap kerajaan baharu akan berlaku adil kepada semua, termasuk Sabah dan Sarawak. GPS akan memberikan kerjasama penuh kepada kerajaan baharu.”

Karim, seorang menteri negeri Sarawak, berkata GPS berkemungkinan akan menjadi sebahagian daripada kerajaan perpaduan, yang dianjurkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu, Timbalan Presiden Warisan Darell Leiking turut mengucapkan tahniah kepada Anwar.

“Kami berharap beliau akan segera memastikan pelaksanaan semua tuntutan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963,” katanya.

Dalam turut mengucapkan tahniah kepada Anwar, Timbalan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Jeffrey Kitingan mengingatkan bahawa perdana menteri baharu akan berdepan banyak cabaran.

“Kami berharap aspirasi dan tuntutan Sabah dan Sarawak terhadap hak perlembagaan mereka akhirnya didengari,” katanya.

Terdahulu, Istana Negara mengesahkan Anwar akan dilantik sebagai perdana menteri ke-10 dan beliau dijadualkan mengangkat sumpah pada 5 petang hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.