3 komponen BN usul undi tak percaya terhadap Zahid

3 komponen BN usul undi tak percaya terhadap Zahid

Mereka meminta Ahmad Zahid Hamidi berundur secara terhormat serta-merta dan digantikan Timbalannya, Mohamad Hasan.

Pemimpin tertinggi tiga parti komponen BN berkata, mesyuarat Dewan Tertinggi akan dipanggil untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap Ahmad Zahid Hamidi, jika beliau enggan berundur secara terhormat.
KUALA LUMPUR:
Pemimpin tertinggi tiga parti komponen Barisan Nasional (BN) mengemukakan undi tidak percaya terhadap Pengerusinya, Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden MCA, Wee Ka Siong, Presiden MIC, SA Vigneswaran dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Arthur Joseph Kurup berbuat demikian menerusi sepucuk surat bertarikh 23 Nov yang dilihat FMT.

Surat itu menyatakan undi tidak percaya terhadap Zahid dibuat susulan tindakannya yang didakwa mengkhianati keputusan Dewan Tertinggi BN pada pagi Selasa lalu.

Menurutnya, mesyuarat Dewan Tertinggi itu memutuskan BN berkecuali dan tidak menyokong Perikatan Nasional atau Pakatan Harapan menubuhkan kerajaan baharu.

“Sebanyak 10 akuan bersumpah (SD) dihantar kepada Muhyiddin Yassin sudah ditarik balik, setelah keputusan Dewan Tertinggi BN dibuat. Bagaimanapun, Zahid menghantar surat kepada Istana Negara tengah hari semalam (Selasa).

Timbalan Presiden MIC, M Saravanan dan Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon mengesahkan kesahihan surat ini.

“Surat berkenaan menyatakan sokongan 30 Ahli Parlimen BN menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri ke-10. Ini jelas mengkhianati BN dan pada masa sama menyembah maklum keputusan salah kepada Yang di-Pertuan Agong dan dianggap perbuatan menderhaka kepada raja.”

Mereka meminta Zahid, yang juga presiden Umno, segera berundur secara terhormat dan digantikan Timbalannya, Mohamad Hasan.

“Perkara ini sudah diusulkan presiden MIC dalam mesyuarat semalam (Selasa), tetapi perjalanan mesyuarat terganggu apabila pengerusi (Zahid) membenarkan Ahli Parlimen BN memasuki bilik mesyuarat, walaupun mesyuarat Dewan Tertinggi BN belum selesai.”

Mereka berkata, mesyuarat Dewan Tertinggi BN akan dipanggil untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap Zahid, jika beliau enggan berundur secara terhormat.

Timbalan Presiden MIC, M Saravanan dan Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon ketika dihubungi FMT mengesahkan kesahihan surat itu, tetapi enggan mengulas lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.