Polis lancar SJR di setiap daerah bermula semalam

Polis lancar SJR di setiap daerah bermula semalam

SJR dijalankan sebagai sebahagian daripada usaha polis mencegah jenayah melalui peningkatan 'omnipresence', kata Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani.

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani meminta orang ramai memberi kerjasama dan mematuhi arahan ketika melalui SJR.
PETALING JAYA:
Polis telah melancarkan sekatan jalan raya (SJR) di lokasi strategik setiap daerah selama 24 jam bermula semalam.

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata, SJR dijalankan sebagai sebahagian daripada usaha polis mencegah jenayah melalui peningkatan “omnipresence” bagi menjamin tahap keselamatan dan ketenteraman awam.

Justeru, katanya, orang ramai diminta memberi kerjasama dan mematuhi arahan ketika melalui SJR.

“Demi keselesaan pengguna jalan raya dan kelancaran lalu lintas, tiada SJR akan dijalankan pada waktu puncak atau siang hari,” katanya dalam kenyataan.

“Masyarakat tidak perlu bimbang menjalankan aktiviti harian kerana polis memberi jaminan bahawa tahap keselamatan adalah terkawal.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.