Banjir di Muar akibat air pasang besar, kata polis

Banjir di Muar akibat air pasang besar, kata polis

Polis berkata, banjir pada 8 pagi di kawasan dalam radius 2m dari laut itu surut selepas dua jam.

Tangkap layar daripada video tular menunjukkan sebuah kawasan di Parit Jawa, Muar dinaiki air. (Gambar Facebook)
MUAR:
Polis mengesahkan berlaku fenomena air pasang seperti dalam video tular yang menyebabkan banjir di Kampung Parit Kedondong Laut, Parit Jawa, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Muar, Raiz Mukhliz Azman Aziz bagaimanapun berkata, banjir kilat pada 8 pagi di kawasan dalam radius 2m dari laut itu sudah surut selepas dua jam, iaitu 10 pagi tadi.

Beliau berkata, video 43 saat yang mendakwa beberapa kawasan di daerah berkenaan dinaiki air itu tular pagi tadi.

“Video berkenaan mula dikesan di media sosial pada 10 pagi dan polis bersama Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan penghulu bergegas ke Kampung Parit Kedondong Laut, Parit Jawa, namun tiada sebarang pemindahan penduduk akibat fenomena ini,” dalam kenyataan.

Beliau berkata, polis dan APM sentiasa siap sedia menghadapi apa jua kejadian dan bencana serta memberi bantuan diperlukan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.