
PETALING JAYA: Perdana Menteri sementara, Ismail Sabri Yaakob tiba di Istana Negara utnuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Menurut laporan Bernama, Ismail tiba di pintu utama Istana Negara kira-kira 3 petang.
Tujuan beliau menghadap Agong tidak jelas.
Ismail meninggalkan Istana Negara kira-kira 4.30 petang, diikuti Ketua Setiausaha Negara, Zuki Ali tidak lama kemudian.
Terdahulu, Sultan Abdullah mengingatkan rakyat bahawa kerajaan sementara masih berfungsi dan Ismail kekal sebagai perdana menteri sehingga kerajaan baharu ditubuhkan.
Agong memberi lanjutan masa sehingga 2 petang esok kepada ketua parti dan gabungan untuk menyerahkan cadangan calon perdana menteri mereka.