Hadi tunggu undangan

Hadi tunggu undangan

Dah cukup dan dah hantar, kata Presiden PAS, Hadi Awang.

PETALING JAYA:
Hadi Awang berkata beliau sedang menunggu undangan, tidak lama selepas Perikatan Nasional mengumumkan ia sudah menghantar lebih daripada 112 akuan berkanun kepada Istana Negara.

“Kami dah cukup. Kami dah hantar. Tunggu untuk diundang,” kata presiden PAS di Facebook.

Terdahulu, Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainudin dalam kenyataan media berkata gabungan itu telah menyerahkan lebih daripada 112 akuan berkanun menyokong Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri, kepada Agong.

Bagaimanapun, sebelum itu, Pengerusi Barisan Nasional, Zahid Hamidi, yang juga presiden Umno, mengumumkan sebarang akuan berkanun yang ditandatangani oleh wakil-wakil rakyat gabungan itu sebelum ini adalah tidak sah.

Dalam perkembangan lain, seorang pegawai komunikasi kepada Ahli Parlimen Sembrong berkata satu kenyataan media tular mendakwa Hishammuddin Hussein dan sembilan wakil rakyat Umno menyokong Muhyiddin adalah palsu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.