
Puad Zarkashi berkata bahawa Umno boleh memilih pendekatan itu sementara menunggu pilihan raya umum ke-16 (PRU16).
“Sementara menunggu PRU ke 16, amat wajar KJ (Khairy Jamaluddin) diberi peluang bertanding di DUN Rantau dan menjadi poster boy calon menteri besar Negeri Sembilan.
“BN juga mesti kembali menyusun barisan meneruskan pertempuran di enam negeri dalam pilihanraya DUN tahun hadapan,” katanya di Facebook.
Khairy yang bertanding di Sungai Buloh tewas kepada calon Pakatan Harapan (PH) R Ramanan dengan majoriti 2,693 .
Sebelum ini, Khairy menyandang Parlimen Rembau selama tiga penggal. Beliau diminta memberi laluan kepada Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan.