Tiada bekalan elektrik terputus di pusat undi, kata polis

Tiada bekalan elektrik terputus di pusat undi, kata polis

Polis memberitahu hanya set generator di pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Kepong mengalami kerosakan tetapi berjaya dibaik pulih.

Polis berkata, proses mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Kepong berjalan lancar.
KUALA LUMPUR:
Polis menafikan berlaku gangguan bekalan elektrik di pusat mengundi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Kepong, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Beh Eng Lai berkata sebaliknya, hanya set generator di pusat mengundi berkenaan yang mengalami kerosakan akibat gangguan bekalan elektrik.

“Kami mendapati set generator yang digunakan rosak pagi ini tetapi keadaan itu berjaya dibaik pulih,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata tiada sebarang provokasi berlaku semasa kejadian.

Sementara itu, TNB Careline menerusi kenyataan dalam Facebook memaklumkan siasatan mendapati punca kejadian itu disebabkan masalah pendawaian dan gangguan sistem bekalan melalui jana kuasa mudah alih di pihak pengguna.

“TNB akan terus memantau bagi memastikan bekalan elektrik kekal stabil sepanjang proses pengundian ini selesai,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, terdapat dakwaan mengenai kejadian `power trip’ hampir satu jam di pusat pengundian itu dan pengundi terpaksa mengundi dalam gelap.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.