Ketua tempat mengundi enggan tandatangan Borang 14 PH di Segambut, dakwa Yeoh

Ketua tempat mengundi enggan tandatangan Borang 14 PH di Segambut, dakwa Yeoh

Hannah Yeoh berkata, keadan itu menyebabkan tiada keputusan dikeluarkan dari pusat kiraan undi di Segambut.

Hannah Yeoh berdepan saingan tiga penjuru dalam usahanya mempertahankan Parlimen Segambut.
PETALING JAYA:
Calon Pakatan Harapan, Hannah Yeoh mendakwa tiada keputusan keluar dari pusat kiraan undi di Segambut.

Katanya, ini berpunca selepas ketua tempat mengundi enggan menandatangani Borang 14 untuk ejen pengundian dan ejen kiraan (PACA) parti itu.

“Ketua tempat mengundi tidak mahu menandatangani Borang 14 untuk PACA kami,” katanya di Twitter.

Seorang pengikutnya juga mendakwa situasi serupa berlaku di Setiawangsa apabila pegawai enggan menandatangani borang berkenaan.

Yeoh berdepan saingan tiga penjuru di kerusi Parlimen Segambut apabila berdepan V Prabagaran daripada Perikatan Nasional (PN) dan Daniel Ling dari Barisan Nasional.

Pada pilihan raya lalu, Yeoh memenangi kerusi itu selepas mendapat lebih 53,000 undi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.