Kerajaan PH akan tunggu Sanusi di mahkamah, kata Saifuddin

Kerajaan PH akan tunggu Sanusi di mahkamah, kata Saifuddin

Saifuddin Nasution Ismail berkata PH menyahut cabaran Sanusi Md Nor selepas beliau enggan memohon maaf kepada Anwar Ibrahim berkait dakwaan 'berperwatakan tidak bermoral'.

Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan baharu Pakatan Harapan akan menyahut cabaran untuk perbicaraan mahkamah berhubung dakwaan terhadap Anwar.
ALOR SETAR:
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) akan menyahut cabaran pemimpin PAS Sanusi Md Nor untuk mendapatkan perbicaraan mahkamah berhubung penghinaan terhadap pengerusinya Anwar Ibrahim.

Berucap di ceramah PH Kedah, Saifuddin merujuk kenyataan pengarah pilihan raya PAS itu terhadap Anwar, serta surat tuntutan supaya Sanusi menarik balik kenyataan dan memohon maaf.

“Kemudian dia berucap di Sik semalam (Khamis) dia kata saya akan lawan di mahkamah. Okay, kita tunggu. Selesai kita bentuk kerajaan dengan sokongan tuan-tuan kita pi (pergi) ‘ligan’ dia,” kata Saifuddin.

Pada Khamis, Sanusi berkata beliau enggan memohon maaf kepada Anwar Ibrahim kerana membayangkan presiden PKR itu “berperwatakan tidak bermoral”.

Saifuddin menafikan kenyataan yang didakwa dibuat oleh Sanusi bahawa Lembaga Pengampunan membebaskan Anwar pada 2018 tanpa bermesyuarat.

Namun, Saifuddin berkata Lembaga Pengampunan telah bermesyuarat pada 16 Mei 2018 di Istana Negara dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V pada masa itu.

“Bila dia celupar kata Lembaga Pengampunan tidak bermesyuarat untuk Anwar lepas, dia ini telah menghina dan memperlekehkan Agong,” kata Saifuddin.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.