
Soh Yeh Hong, selaku ejen calon BN Parlimen Bayan Baru, Saw Yee Fung, berkata PH melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dengan mendirikan khemah itu pada hari pengundian.

Dalam kenyataan, Soh berkata, beliau menggesa pihak berkuasa menyiasat PH kerana melanggar peraturan di “banyak” pusat pengundian di Parlimen itu. Soh turut mengemukakan rakaman video sebagai bukti.
Mengikut undang-undang, semua parti perlu menghentikan kempen, tidak mendirikan khemah atau memakai sebarang baju atau apa-apa yang mempunyai lambang parti, kira-kira 50m dari pusat pengundian.
Mereka yang didapati bersalah berdepan hukuman penjara maksimum setahun dan denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekiranya didapati bersalah.