PH di depan, BN ketinggalan, PN jauh di belakang, kata badan pemikir

PH di depan, BN ketinggalan, PN jauh di belakang, kata badan pemikir

Ilham Centre turut meramalkan GTA dan Parti Bangsa Malaysia masing-masing hanya akan menang satu kerusi.

Ilham Centre berkata ramalannya termasuk Pakatan Harapan memenangi 86 kerusi adalah berdasarkan kadar keluar mengundi 80%.
PETALING JAYA:
Tiada satu pun daripada tiga gabungan utama akan memperoleh majoriti mudah pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata sebuah badan pemikir, walaupun Pakatan Harapan diramal memenangi 86 kerusi.

Dua lagi gabungan, Barisan Nasional dan Perikatan Nasional mungkin memenangi 51 dan 25 kerusi, kata Ilham Centre.

Untuk mencapai majoriti mudah, gabungan itu perlu memenangi 112 kerusi.

Dr Mahathir Mohamad daripada Gerakan Tanah Air (GTA) and Parti Bangsa Malaysia (PBM) diramal hanya akan memenangi satu kerusi sahaja.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar, berkata ramalan mereka adalah berdasarkan peratusan keluar mengundi sebanyak 80%.

Manakala di Malaysia Timur, Ilham Centre meramalkan gabungan pemerintah di Sabah dan Sarawak iaitu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) masing-masing akan memperoleh enam dan 18 kerusi.

Manakala Warisan dijangka memenangi enam kerusi.

Selain itu, daripada 108 calon bebas yang bertanding dalam pilihan raya, Ilham Centre menjangkakan hanya seorang daripada mereka yang akan menang.

Menurut Ilham Centre, kerusi bandar dan kerusi campuran akan menjadi kekuatan PH dalam pertarungan tiga penjuru.

“Semakin tinggi undi Melayu yang ‘dicuri’ PN akan memberikan kelebihan kepada PH untuk mempertahankan dominasinya di kawasan tersebut.

“PN gah mencabar BN di kawasan majoriti Melayu ekoran kekuatan BN yang terpencar. Namun, ia masih belum cukup untuk menumbangkan BN,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.