
Beliau berkata, masalah itu berpunca daripada kelekaan kerajaan Selangor dan wakil rakyatnya yang tidak mengendah rungutan rakyat selepas menang besar selama tiga penggal.
“Apabila mereka menang banyak kerusi dan menang besar dengan berpuluh-puluh ribu majoriti, inilah jadinya. Mereka tidak buat kerja, namun tiada pihak yang dapat menyemak imbang kuasa mereka.
“Apabila rakyat marah dan pilihan raya datang, mereka akan lari ke tempat lain dan cuba menang di kawasan baharu dengan hasutan demi hasutan seperti biasa,” katanya menerusi surat terbuka untuk pengundi Shah Alam.

Isham berkata, beliau akan terus berusaha menyelesaikan masalah air yang membelenggu rakyat Selangor sejak sekian lama.
“Saya telah menyuarakan isu ini dengan lantang sehingga saya disaman Syarikat Bekalan Air Selangor. Saya telah lawan saman ini sehingga saya menang di Mahkamah Tinggi.
“Namun masalah air di Selangor ini masih berterusan,” katanya.
Jika dipilih menjadi Ahli Parlimen Shah Alam, Isham berikrar menjadi penyemak imbang kepada kerajaan negeri jika ia kekal diterajui PH.
“Saya pasti apabila ini berlaku, kerajaan PH di Selangor ini akan bangun dari tidur dan kelekaan atau ‘complacency’ dan terpaksa buat kerja untuk rakyat dan mengambil endah aduan rakyat.”