Tian Chua akan lapor polis terhadap Prabakaran esok

Tian Chua akan lapor polis terhadap Prabakaran esok

Peguam Tian Chua, Gurmukh Singh berkata, pihaknya juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Prabakaran kerana menfitnah dan memburuk-burukan Tian Chua.

Tian Chua memegang akaun bersumpah yang ditandatanganinya bagi menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri. Di sebelahnya peguam Gurmukh Singh.
KUALA LUMPUR:
Bekas naib presiden PKR, Tian Chua akan membuat laporan polis esok terhadap P Prabakaran yang menuduh beliau menghalang Pengerusi Pakatan harapan (PH), Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.

Dalam satu sidang media di sini, peguam Tian Chua, Gurmukh Singh berkata, pihaknya juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Prabakaran kerana menfitnah dan memburuk-burukan Tian Chua.

“Kami akan menfailkan saman mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan meneruskan proses di mahkamah selepas membuat laporan polis,” katanya.

Pada Isnin lalu, Malaysiakini melaporkan Prabakaran sebagai berkata, Tian Chua cuba menghakis sokongan PH di Batu bagi menghalang Anwar menjadi perdana menteri.

Prabakaran berkata, dakwaan Tian Chua “satu undi untuk saya (Chua) adalah satu undi untuk Pakatan Harapan” juga akan mengelirukan penyokong PH.

Semalam, Tian Chua memberi masa 24 jam kepada Prabakaran yang juga bekas Ahli Parlimen Batu menarik balik kenyataan itu dan meminta maaf.

Dalam sidang media itu, Tian Chua yang bertanding di Batu sebagai calon bebas berkata, beliau menyokong Anwar sebagai calon perdana menteri dan menandatangani akuan bersumpah mengenai perkara itu pad 26 Okt.

Tambahnya, keputusan untuk bertanding di Batu sebagai calon bebas tidak merubah fakta bahawa beliau terus menyokong Anwar dan agenda politik PH.

“Pengundi Batu mahu Anwar menerajui kerajaan dan mereka juga mahu Ahli Parlimen yang vokal serta berkelayakan mewakili mereka. Sebab itu saya bertanding,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.