
Beroperasi sebagai institusi yang tidak berasaskan keuntungan menyediakan persekitaran pendidikan yang sangat berbeza kepada pelajar dan keluarga.
Menurut Puan Julia Love selaku Pengarah Bahagian Kemasukan Pelajar di The International School of Kuala Lumpur (ISKL), perbezaan tersebut dirasai dalam pelbagai aspek termasuk kepimpinan, tadbir urus, penglibatan ibu bapa, proses membuat keputusan dan bagaimana wang yang dijana daripada yuran pengajian para pelajar itu diuruskan.
“Secara amnya, kebanyakan keluarga tidak mengetahui perbezaan dan keistimewaan memasuki institusi pendidikan tidak berasaskan keuntungan sehinggalah mereka merasai sendiri perbezaannya,” ujar Puan Julia yang turut menjelaskan bahawa pemilihan sekolah adalah pelaburan terbesar buat ibu bapa, lantaran itu mereka perlu meluangkan masa untuk memahami perbezaan antara kedua-dua model tersebut.
Tambah Puan Julia lagi, institusi pendidikan yang berdasarkan keuntungan lazimnya menjalankan perniagaan pendidikan untuk menjana keuntungan bagi pemilik atau pemegang amanahnya.
Di Malaysia, hanya sejumlah kecil institusi pendidikan yang tidak berasaskan keuntungan wujud untuk memberi manfaat kepada pelajar justeru memenuhi aspirasi institusi itu sendiri.
ISKL ditadbir oleh ahli lembaga pengarah yang dilantik oleh ibu bapa pelajar, dan hasil yang dijana melaui yuran pengajian setiap tahun oleh institut ini akan digunakan semula untuk pembangunan pendidikan pelajar dan sekolah.
“Apabila seseorang pelajar itu memasuki ISKL, ibu bapa mereka secara otomatik akan menjadi ahli The Society of ISKL sekaligus menjadi pemegang amanah dan memiliki peluang untuk terlibat dalam tadbir urus sekolah ini secara tidak langsung,” jelas Puan Julia.
Status ISKL sebagai institusi tidak berasaskan keuntungan bermaksud dana yang diperolehi melalui yuran pengajian akan digunakan semula dalam saluran yang ditetapkan untuk mengambil dan mengekalkan para pendidik bertaraf antarabangsa yang terbaik untuk terus berkhidmat di sekolah ini demi mewujudkan suasana pembelajaran yang ulung untuk pelajarnya.

Puan Tracy Caton, salah seorang ibu yang menghantar anaknya ke ISKL tidak menjangkakan bahawa sekolah yang tidak berasaskan keuntungan ini boleh memberi impak yang baik kepada anak dan keluarganya.
“Sejurus memasuki sekolah ini, kami dapat rasakan perbezaannya. Bermula dengan penglibatan ibu bapa sehinggalah kepada ketelusan tadbir urus sekolah ini,” jelas Puan Tracy yang turut berpuas hati dengan galakkan yang diberikan supaya ibu bapa memberi kerjasama aktif dengan pihak sekolah.
Ahli lembaga pengarah yang terdiri daripada ibu bapa dari pelbagai warganegara dan latar belakang turut menzahirkan perspektif yang berbeza.
“Ia jelas dapat dilihat, hasil yang dijana menerusi yuran pengajian kembali digunakan kepada pembangunan pelajar dan sekolah. Pelaburan semula dana ini kepada para guru dan kakitangannya membolehkan anak-anak kami mendapatkan sokongan dari tenaga pengajar antarabangsa yang terbaik dari seluruh dunia,” ujar Puan Tracy lagi.

Encik Toshihiko Saito, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah dan ibu bapa ISKL berkata semua ahli lembaga ISKL terdiri daripada ibu bapa yang secara sukarela meluangkan masa mereka membantu demi kepentingan ISKL.
“Kami yang terdiri daripada pelbagai latar belakang budaya, personaliti, warganegara, dan memiliki kepakaran yang tersendiri. Kepelbagaian perspektif ini nyata sesuai buat sekolah yang menghimpunkan pelajar dari lebih 65 buah negara. Ia turut meningkatkan keupayaan dalam membuat keputusan secara kolektif sekali gus menyumbang kepada persekitaran antarabangsa di ISKL demi memupuk warga global yang bakal menjadi pemimpin, inovator dan usahawan masa depan,” ulasnya.
Tambah Puan Julia, ibu bapa selalu bertanya, adakah model perniagaan yang digunakan oleh ISKL adalah yang terbaik berbanding yang lain?
“Kami menasihatkan agar mereka mempertimbangkan kedua-dua pilihan model dengan melihat konteks keseluruhan iaitu visi dan misi sekolah, pilihan kurikulum, sokongan pembelajaran, saiz sekolah dan kelas, aktiviti selepas sekolah, kemudahan, pengangkutan serta penglibatan ibu bapa,” tegasnya.

Menurut Puan Julia lagi, ibu bapa juga digalakkan untuk mendapatkan perspektif berbeza daripada ibu bapa dan para pelajar yang lain di ISKL sebelum membuat keputusan.
“Ketelusan dan kerjasama antara keluarga merupakan falsafah kami. Pentadbir dan ahli lembaga pengarah kami senantiasa bersedia menjawab sebarang soalan. Kami menggalakkan mereka untuk mempertimbangkan merit kedua-dua pilihan model sekolah, agar anak mereka mendapat pendidikan terbaik and keserasian keluarga mereka dalam komuniti tersebut,” akhiri Puan Julia.
Rasai pengalaman berada di ISKL di sini.
jQuery(document).ready(function(){
jQuery(“[id*=’div-gpt-ad-‘],iframe[width|=1]”).remove();
const interval = setInterval(function() {
jQuery(“[id*=’div-gpt-ad-‘],iframe[width|=1]”).remove();
}, 3000);
})