KJ ada visi jangka panjang jika kembali jadi menteri kesihatan

KJ ada visi jangka panjang jika kembali jadi menteri kesihatan

Bagaimanapun, ia hanya dapat direalisasikan selepas beliau menang sebagai Ahli Parlimen di Sungai Buloh menerusi saingan empat parti, selain dua dari bebas.

Khairy Jamaluddin berkata, impian besarnya bagi Kementerian Kesihatan adalah untuk memperkasakan penjagaan kesihatan premier, selain memastikan hospital dilengkapi kemudahan lebih baik.
KUALA LUMPUR:
Khairy Jamaluddin menaruh harapan kembali dilantik sebagai menteri kesihatan selepas pilihan raya umum demi menangani urusan yang masih belum selesai berkaitan dasar kesihatan jangka panjang.

Khairy yang dilantik bagi jawatan itu dalam Kabinet Ismail Sabri Yaakob, pada Ogos 2021, berkata keutamaannya ketika itu menjurus kepada pengurusan pandemik Covid-19.

Kini, beliau mahu lebih menumpukan kepada perkara yang memerlukan penyelesaian jangka panjang sekiranya dilantik semula memegang jawatan itu dalam kerajaan baharu.

Bagaimanapun, ia hanya dapat direalisasikan selepas menang sebagai Ahli Parlimen di Sungai Buloh, di mana beliau berdepan saingan empat parti, selain dua dari bebas.

Dalam wawancara bersama FMT, Khairy berkata, pelan jangka panjangnya bagi Kementerian Kesihatan termasuk memastikan jumlah doktor atau doktor pakar yang mencukupi, pada masa depan.

“Ini perlu dilakukan jadi lebih banyak perjawatan tetap bagi doktor kontrak, jururawat dan profesional kesihatan bersekutu,” katanya.

Tahun lalu, kumpulan doktor kontrak mengadakan protes menuntut laluan kerjaya lebih adil, selain diberi manfaat sebagaimana pegawai perubatan perjawatan tetap.

Khairy juga berkata, beliau perlu menambah baik kertas putih kesihatan yang dideraf kerajaan Ismail sebelum ini.

Kertas putih kesihatan menyasarkan usaha menangani isu kesihatan negara secara sistematik menumpukan kepada ketidaksimbangan sumber peruntukan, pengurusan dan dasar menjurus penjagaan antara orang awam, premier dan sekunder.

“Ini adalah impian besar saya memperkasakan penjagaan kesihatan premier dan memastikan hospital dilengkapi kemudahan lebih baik.

“Kita juga memerlukan strategi pencegahan, selain membentangkan rang undang-undang Generasi Penamat di Parlimen demi melindungi generasi masa depan daripada merokok.”

Rang undang-undang berkenaan menghalang individu lahir selepas 2017 daripada merokok mana-mana produk tembakau atau produk pengganti tembakau, termasuk mana-mana peralatan merokok.

Khairy berharap Ismail kembali dilantik sebagai perdana menteri, sekali gus membuka peluang kepadanya kembali menjadi menteri kesihatan.

“Ini membolehkan saya menyusun dan menetapkan hala tuju yang betul demi masa depan kesihatan di Malaysia.”

Pada Oktober, Ismail berkata, Khairy akan dikekalkan sebagai menteri kesihatan, sambil menyifatkan ia menjadi satu “kerugian” jika beliau tidak lagi mengemudi kementerian itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.