
Ketua Polis Kota Kinabalu, Mohd Zaidi Abdullah, berkata hasil siasatan mendapati video yang tular sejak semalam itu dimuat naik ke akaun TikTok atas nama @Penjahat96.
Katanya, polis tidak pasti dengan tujuan lelaki itu, tetapi tindakannya boleh mendatangkan kegusaran dan kebimbangan kepada orang ramai melihat rakaman video berkenaan.
“Siasatan diteruskan untuk mengenal pasti suspek yang memiliki gari dan pemilik akaun TikTok berkenaan,” katanya menurut Harian Metro.
Beliau mengingatkan orang ramai berhubung pemilikan peralatan polis seperti gari adalah satu kesalahan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung video itu diminta tampil membantu siasatan atau hubungi talian 088 529222.