Umno gantung ketua Wanita Arau, Maran

Umno gantung ketua Wanita Arau, Maran

Mereka digantung kerana membantu lawan BN berkempen.

Umno berkata, ia akan terus memantau tindakan ahli parti sepanjang tempoh berkempen PRU15.
PETALING JAYA:
Umno menggantung Ketua Wanita Bahagian Arau dan Maran kerana membantu calon lain berkempen pada pilihan raya umum ke-15.

Setiausaha Agungnya, Ahmad Maslan berkata, Shamsiah Yasin (Arau) dan Fatimah Kassim (Maran) digantung selaras fasal 10.15 perlembagaan Umno susulan aduan sahih berhubung tindakan mereka.

“Umno ingin menegaskan pemantauan berterusan akan dilakukan terhadap ahli-ahli parti sepanjang tempoh kempen PRU15 bagi memastikan tiada unsur sabotaj dilakukan terhadap calon dan parti,” katanya dalam kenyataan yang dipetik Berita Harian.

BN menggugurkan bekas Ahli Parlimen Arau dan Maran, Shahidan Kassim serta Ismail Abdul Muttalib daripada senarai calonnya untuk PRU15. Kedua-duanya kemudian bertanding di kerusi sama atas tiket Perikatan Nasional.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.