Kamu punca tercetus kempen bendera putih, Guan Eng beritahu Muhyiddin

Kamu punca tercetus kempen bendera putih, Guan Eng beritahu Muhyiddin

Pengerusi DAP itu membidas bekas perdana menteri berkenaan kerana bangga digelar 'Bapa PKP'.

Lim Guan Eng berkata sekatan penuh yang berterusan pada 2021 ketika Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri, memaksa rakyat Malaysia terdesak untuk mendapatkan bantuan daripada orang ramai.
PETALING JAYA:
Pengerusi DAP Lim Guan Eng membidas bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin, kerana bangga digelar ‘Bapa PKP’ sambil menyatakan penutupan penuh telah mencetuskan kempen bendera putih.

Lim berkata, sekatan dilaksanakan ketika pengerusi Perikatan Nasional itu (PN) memegang jawatan tertinggi telah menyebabkan ekonomi negara merudum, lapor China Press.

Bekas menteri kewangan itu, berkata sekatan berterusan pada 2021, “diumumkan sewenangnya” oleh Muhyiddin, kemudian memaksa orang ramai berada dalam keadaan terdesak dan terpaksa meminta bantuan daripada rakyat Malaysia.

“Adakah rakyat masih mahu orang seperti ini menjadi perdana menteri?” soalnya kepada orang ramai pada majlis DAP di Pulau Pinang, semalam.

Kempen bendera putih didorong oleh komuniti pada 2021, di mana keluarga bergelut dari segi kewangan di tengah-tengah wabak boleh memberi isyarat untuk bantuan melalui menaikkan bendera putih.

Rakyat Malaysia di seluruh negara bersatu membantu mereka yang sedang bergelut dengan tindakan Muhyiddin mengundang kritikan.

Semalam, Muhyiddin berkata, beliau bangga dengan gelaran ‘Bapa PKP’ kerana keputusannya melaksanakan sekatan pergerakan telah menyelamatkan banyak nyawa ketika pandemik Covid-19.

“Saya bangga”, katanya sebagai mengulas sindiran presiden PKR Anwar Ibrahim yang menggelarnya ‘Bapa PKP’, merujuk ‘perintah kawalan pergerakan’ yang membawa kepada penutupan dan sekatan perjalanan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.