
Bagaimanapun, beliau berkata, berdasarkan perkembangan semasa, sasaran menguasai lebih 112 kerusi termasuk di Terengganu dan Kelantan, masih mampu direalisasikan.
Katanya, ia mengambil kira program jelajah PH ke seluruh negara menyaksikan sambutan memberangsangkan terutama dalam kalangan golongan muda.
“Saya nak lebih dari 112 (majoriti mudah). Jadi, saya cakap secara umum, kalau lebih, baiklah 112, paling kurang kerajaan agak kukuh, baru dapat tubuhkan.
“Kalau kurang daripada itu, terpaksa berunding dengan parti-parti lain. Kita harap, pakatan (PH) sahaja insya-Allah melepasi 112. (Selepas kempen) nampak semakin meningkat, terutama dalam kalangan orang Melayu, yang dimomokkan ahli Parlimen DAP itu, sudah nampak berkurangan.
“Termasuk di Kelantan, Terengganu, sambutan diberikan cukup baik dibandingkan dengan 2018 dulu,” lapor Astro Awani.
Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli memberi bayangan PH sudah memenangi 90 kerusi Parlimen pada PRU15 berdasarkan tahap sokongan rakyat.