Manifesto GTA dilancarkan beberapa hari lagi

Manifesto GTA dilancarkan beberapa hari lagi

Sumber memberitahu, Pengerusi GTA, Dr Mahathir Mohamad akan melancarkan manifesto PRU15 yang mengandungi aku janji ringkas beberapa hari lagi.

Pengerusi GTA, Dr Mahathir Mohamad berkata, gabungan itu tidak akan membuat "janji kosong" untuk menyakinkan orang ramai mengundi parti itu pada PRU15.
Pengerusi GTA, Dr Mahathir Mohamad berkata, gabungan itu tidak akan membuat “janji kosong” untuk menyakinkan orang ramai mengundi parti itu pada PRU15.
PETALING JAYA:
Gerakan Tanah Air (GTA) yang diketuai bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad akan melancarkan manifesto pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dalam “beberapa hari lagi”, kata sumber dalam parti.

Sumber yang enggan namanya didedahkan memberitahu FMT, dia melihat salinan dokumen itu di pejabat Pengerusi GTA itu hari ini.

“Ya, Tun akan buat (melancarkan manifesto) tetapi ia aku janji yang ringkas,” katanya.

Barisan Nasional (BN) melancarkan manifesto PRU15 semalam, Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Ahad lalu manakala Pakatan Harapan (PH) pada 2 Nov lalu.

Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata, gabungannya tidak akan membuat “janji kosong” untuk menyakinkan orang ramai mengundi parti itu pada PRU15.

Katanya, apa yang ditawarkan GTA adalah menukar Malaysia supaya negara menjadi Harimau Asia semula, lapor Daily Express.

Mahathir yang mempertahankan Parlimen Langkawi, baru-baru ini mengkritik janji kitar semula PH untuk memansuhkan tol sekiranya memenangi PRU15, dengan mempersoalkan kebolehlaksanaannya.

Beliau berkata, dari mana datangnya dana untuk menyelenggara lebuh raya kalau bukan daripada tol.

Rakyat Malaysia dijadual mengundi pada 19 Nov ini dengan pengundian awal ditetapkan 15 Nov.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.