Kerajaan kaji cuti umum khas pada 18 Nov

Kerajaan kaji cuti umum khas pada 18 Nov

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengulas berhubung gesaan supaya diberikan cuti umum khas, pada 18 Nov, sehari sebelum hari pengundian.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob juga menegaskan tiada pertikaian antaranya dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.
PETALING JAYA:
Kerajaan sedang mengkaji pemberian cuti umum khas sehari sebelum hari mengundi, pada 18 Nov, sekali gus memudahkan pemilih pulang dan mengundi pada keesokannya.

Menurut laporan Bernama, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu akan dikaji.

Ketua DAP Perak Nga Kor Ming dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) antara pihak yang menggesa Putrajaya mengisytiharkan 18 Nov sebagai cuti umum khas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 Nov sebagai hari pengundian, manakala undi awal, pada 15 Nov.

Ismail juga dilaporkan berkata, perhubungan beliau dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi adalah baik dan tidak pertikaian.

Beliau yang juga naib presiden Umno, berkata tiada perpecahan dalam kepimpinan dengan parti itu bersolidariti kukuh dan tidak terpengaruh persepsi negatif ditimbulkan pihak lawan.

Katanya, manifesto Barisan Nasional (BN) juga berpijak di bumi nyata, selain mampu dilaksanakan.

Beliau menambah, pembentangan semula Bajet 2023 akan memasukkan inisiatif yang diikrarkan gabungan itu, sekiranya BN menang pilihan raya umum ke-15 (PRU15) untuk membentuk kerajaan persekutuan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.