
Katanya PSB, yang hanya menang empat daripada 72 kerusi ditandingi pada pilihan raya negeri (PRN) ke-12 tahun lalu, sekadar memainkan peranan sebagai “pengacau” dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
“Itu saja peranan dimainkan PSB dalam pilihan raya ini. Parti itu tidak mungkin menjangka dapat memenangi kerusi,” katanya kepada pemberita di Sibu.
Chong menggesa Presiden PSB Wong Soon Koh, dan Priscilla Lau iaitu calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) yang bertanding di Lanang di bawah PSB, supaya menarik diri daripada PRU15.
“Paling utama adalah kepentingan negara dan seluruh rakyat Malaysia.
“Rakyat menderita akibat inflasi, antara lain. Kos sara hidup meningkat, harga makanan terus naik, nilai ringgit jatuh, dan Bank Negara telah menaikkan kadar faedah,” katanya.
Chong yang mempertahankan kerusi Stampin, bakal menghadapi “perang” tiga penjuru dengan Lo Khere Chiang daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Lue Cheng Hing daripada PBK, yang bertanding bawah logo PSB.
Wong berdepan Oscar Ling (DAP) dan Clarence Ting (GPS) di Sibu.