Lelaki maut diserang babi tunggal, 2 lagi cedera

Lelaki maut diserang babi tunggal, 2 lagi cedera

Dua lagi mangsa cedera ringan ketika mahu membantu mangsa daripada diserang babi itu.

Mangsa yang diserang babi tunggal ketika dalam perjalanan ke kebunnya, meninggal dunia di tempat kejadian.
IPOH:
Seorang lelaki maut, manakala dua lagi cedera apabila diserang seekor babi tunggal di Jalan Kampung Paya Ara, Pantai Remis.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, mangsa yang maut, Syaiful Anuar Abdul Wahab, 46, diserang haiwan itu semasa dalam perjalanan ke kebunnya.

“Dua lagi mangsa masing-masing berumur 49 dan 60 tahun cedera ringan ketika mahu membantu mangsa daripada diserang babi tersebut.

“Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis menerima panggilan mengenai insiden itu pada 7.05 malam,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, petugas kesihatan mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan kes itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Anggota bomba membantu memberi pencahayaan kepada polis untuk menembak babi tersebut,” katanya sambil menambah operasi tamat pada 8.10 malam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.