Saingan 5 penjuru di Gombak

Saingan 5 penjuru di Gombak

Penyandangnya, Azmin Ali akan berentap dengan Ketua PKR Selangor Amirudin Shari dari Pakatan Harapan (PH), selain tiga lagi saingan masing-masing dari BN, Putra dan bebas.

Penyandang Parlimen Gombak Azmin Ali (biru gelap bersampin hijau) akan berentap dengan calon PKR, Amirudin Shari, selain tiga calon lain dari BN, Putra dan bebas.
GOMBAK:
Kerusi Parlimen Gombak bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) menyaksikan pertandingan lima penjuru.

Calon Perikatan Nasional (PN) Azmin Ali selaku penyandang kawasan itu dicabar Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dari Pakatan Harapan (PH), calon Barisan Nasional (BN) Megat Zurkanain Omardin, Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Aziz Jamaludin Mhd Tahir, dan calon bebas, Zulkifli Ahmad.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Nor Azlena Abdul Aziz, mengumumkan senarai calon yang bertanding pada 10.46 pagi tadi selepas proses penamaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu, ditutup 10 pagi.

Terdahulu, kehadiran adik kepada Azmin, Azwan, menggamat suasana untuk bertanding menentang abangnya, namun beliau kemudian menarik diri pada saat akhir.

Lebih 3,000 penyokong parti bertanding berkumpul di perkarangan kompleks itu sejak proses penamaan calon bermula.

Para penyokong tetap teguh menanti pengumuman calon bagi kawasan Parlimen Gombak, walaupun dijadualkan lewat daripada biasa.

Cuaca terik tidak menjadi penghalang bagi mereka saling berbalas laungan slogan masing-masing.

Pada 2018, bekas timbalan presiden PKR, Azmin ALi menang dengan majoriti 48,721 undi. Bagaimanapun, beliau dipecat PKR pada Februari 2020 kerana mengkhianati parti dan kemudian menyertai Bersatu, pada Ogos tahun sama.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.