Rusuhan tercetus di Tenom, FRU dikerah

Rusuhan tercetus di Tenom, FRU dikerah

Rusuhan dilaporkan berlaku selepas pencalonan Presiden KDM, Peter Anthony ditolak SPR.

Sedutan video menunjukkan gas pemedih mata dilepaskan ke arah penyokong KDM.
KOTA KINABALU:
Rusuhan tercetus di Tenom, Sabah dengan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dikerahkan untuk menyuraikan orang ramai.

Beberapa video tular di media sosial menunjukkan anggota FRU melepaskan gas pemedih mata ke arah kumpulan yang membawa bendera Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM).

Punca sebenar kekecohan belum diketahui. FMT cuba mendapatkan komen pihak berkuasa dan pemimpin KDM.

FMT difahamkan rusuhan berlaku di luar pusat penamaan calon Tenom ketika Presiden KDM, Peter Anthony menghantar borang pencalonannya.

Difahamkan, pencalonan Peter ditolak pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana beliau pernah didapati bersalah oleh mahkamah.

Keadaan itu menyebabkan penyokongnya cuba memasuki pusat pencalonan.

Mei lalu, Peter dijatuhkan hukuman penjara dan denda RM50,000, tetapi beliau masih merayu sabitan itu.

FMT cuba mendapatkan komen SPR.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.