
Menterinya, Nancy Shukri, berkata nilai jualan kraf di kedua-dua negeri itu setakat 30 Sept lepas telah meningkat 19 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2021, dengan Sabah dan Sarawak masing-masingnya mencatatkan nilai jualan kraf RM15.8 juta dan RM14.9 juta.
“Nilai jualan kraf yang dijana bagi kedua-dua negeri ini menunjukkan pencapaian sebanyak RM30.7 juta iaitu peningkatan 19 peratus untuk tempoh yang sama bagi tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM25.7 juta,” katanya ketika berucap di Malam Gala sempena Festival Kraf Tekstil Borneo (FKTB) 2022, di sini, malam semalam.
Ucapannya dibacakan oleh Ketua Setiausaha Motac, Saraya Arbi.
Menurutnya penganjuran FKTB bersempena ‘Kuching Waterfront Festival’ yang diadakan dari 28 Okt hingga 6 Nov, dengan penglibatan 120 usahawan kraf dari Sarawak dan Sabah.
Festival itu turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti jualan kraf, pameran produk kraf, pameran kempen ‘Ini Batik Malaysia’, demonstrasi kraf dan interaktif kraf.