
Beliau berkata, Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pemecatan ahli terlibat hari ini.
“Bagi mereka yang tidak terpilih sebagai calon, sebaliknya menjadi calon parti lawan, maka mengikut fasal-fasal tertentu perlembagaan Umno dan juga BN, parti mempunyai hak untuk memecat mereka secara automatik,” katanya dalam sidang media hari ini.
Zahid berkata, tindakan tegas itu juga akan diambil terhadap ahli parti yang menyokong pergerakan calon menentang BN.
Sebelum ini, Perikatan Nasional (PN) mengumumkan bekas Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim yang digugurkan BN pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), akan bertanding atas tiket gabungan itu.
Selain Shahidan, bekas Ahli Parlimen Maran, Ismail Abd Muttalib, yang turut digugurkan BN, turut akan mewakili PN mempertahankan kerusi itu.
Muka baharu
Zahid berkata, kehadiran muka baharu yang terdiri daripada golongan profesional dan berpengalaman bertujuan mewajahkan semula BN.
Beliau berkata, hasil maklum balas mendapati kombinasi itu dilihat mendapat penerimaan menggalakkan daripada pengundi.
“BN telah berubah…jika BN berjaya bentuk kerajaan, maka wajah baru ini akan turut dijadikan kumpulan pelapis, bukan sahaja di dalam parti, tetapi kerajaan.”
BN di Perak, Pahang dan Perlis antara negeri yang banyak menampilkan muka baharu, di mana Pahang mempertaruhkan hampir 70% muka baharu yang akan bertanding pada PRU15.