SPRM siasat ‘akujanji’ sokong Zahid jadi PM

SPRM siasat ‘akujanji’ sokong Zahid jadi PM

Semalam, setiausaha akhbar Zahid, Fadzlette Othman Merican berkata, akujanji itu palsu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata, satu kertas siasatan dibuka berhubung perkara itu.
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat penyebaran akujanji didakwa ditandatangani calon Umno untuk menyokong Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon perdana menteri Barisan Nasional (BN).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki dipetik Bernama sebagai berkata, agensi anti-rasuah itu sudah membuka satu kertas siasatan berhubung perkara itu.

Semalam, setiausaha akhbar Zahid, Fadzlette Othman Merican berkata, akujanji itu palsu.

Salinan dakwaan akujanji yang tular itu antara lain menyatakan calon bersetuju menyokong Zahid sebagai calon perdana menteri BN.

Dokumen bocor itu mengandungi tandatangani calon, Zahid dan Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan.

Zahid menyifatkan dakwaan beliau meminta calon Umno menyokongnya untuk jawatan tertinggi negara itu sebagai “pembohongan”.

Gambar akujanji yang tular itu memaparkan tandatangan Shamsul Anuar Nasarah, yang dinamakan sebagai calon BN bagi kerusi Parlimen Lenggong semalam.

Setiausaha politik Shamsul membuat laporan polis berhubung perkara itu hari ini.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob sebelum ini dinamakan sebagai calon perdana menteri BN, sekiranya gabungan itu memenangi PRU15.

Pada 16 Okt lalu, Zahid dilaporkan berkata, keputusan mencalonkan naib presiden Umno itu bagi jawatan berkenaan muktamad.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.